Tuesday, January 26, 2016

KELAS HAFAZAN AL-QURAN MINGGUAN - MASJID SYARIFAH FATIMAH, JITRA


بسم الله الرحمن الرحيم

22 Januari 2016 - Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, kelas hafazan mingguan kendalian SMART IQ Quranic Centre telah sempurna dijalankan di Masjid Syarifah Fatimah, Jitra. Pihak SIQC mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada para ibu bapa yang sudi memberi kepercayaan dan sokongan yang 'LUAR BIASA' kepada kami untuk mendidik anak mereka agar menjadi hafiz & hafizah Al-Quran. 

Diharapkan agar kelas hafazan mingguan di masjid ini akan senantiasa berterusan dan kami dari pihak SIQC mengalu-alukan seluruh penduduk Jitra terutamanya yang berdekatan dengan Masjid Syarifah Fatimah agar sama-sama datang membawa anak-anak mereka bagi mengisi masa lapang diwaktu cuti dengan aktiviti-aktiviti yang akan kami sediakan ini.

Semoga dengan sambutan yang hangat ini dapat menarik lebih ramai lagi pelajar untuk datang bersama-sama kami bagi menyertai kelas hafazan mingguan ini. In shaa Allah, ia MUDAH...SERONOK...dan BERKESAN!




Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran HUBUNGI:
>> 019-476 8013<<
>> 04-734 8013<<
@
Layari: