Tuesday, February 23, 2016

KINI KAMI BERSIARAN DI KEDAH FM 97.5 SETIAP SELASA JAM 5.40 PTG

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kepada pada hadirin yang dikasihi Allah,jangan ketinggalan untuk bersama-sama kami  di RADIO MALAYSIA KEDAHfm pada setiap hari RABU jam 5.40 PTG.


Nantikan info dan aktiviti-aktiviti terkini daripada pihak kami beserta tawaran-tawaran khas yang menarik untuk kelas hafazan hujung minggu khususnya untuk anda semua.

Kelas Hafazan Al-Quran Hujung Minggu
Mudah, Seronok & Berkesan

Monday, February 22, 2016

TERIMA KASIH KERANA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA KAMI !!

بسم الله الرحمن الرحيم

24 Februari 2016- Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam di atas Rahmat dan Hidayah-Nya dalam memberi tenaga dan kudrat usaha kepada pihak SMART IQ Quranic Centre untuk kami meneruskan usaha mendidik dan mentarbiyyah anak-anak di Negeri Kedah Darul Aman dalam mempelajari ilmu dan menghafaz ayat-ayat Al-Quran.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para ibu bapa pelajar yang sudi memberi kepercayaan kepada pihak kami bagi mendidik anak mereka mengenal Al-Quran hanya pada hujung minggu sahaja. Ya, mungkin pada hujung minggu itu dikatakan singkat bagi masyarakat kita, akan tetapi usaha yang diberikan itulah berjaya melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam hidup dengan Al-Quran. Syabas kami ucapkan kepada para ibu bapa pelajar dan moga usaha dalam membina keluarga yang mawaddah di jalan Allah akan sentiasa berterusan khususnya dalam menghidupkan keluarga yang hidup berteraskan Al-Quran. Allahumma Amin.
-Admin-
SMART IQ Quranic Centre