Wednesday, March 30, 2016

KELAS HAFAZAN AL-QURAN HUJUNG MINGGU NO. 1 DI KEDAH

بسم الله الرحمن الرحيم


30 Mac 2016- Bulan Mac kini sudah hampir melabuhkan tirainya pada tahun ini. Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah S.W.T di atas segala nikmat dan rahmat-Nya dapat lagi kami dari SMART IQ Quranic Centre menjalankan Kelas Hafazan Al-Quran Hujung Minggu No.1 di Kedah.

Bermula dari bulan Januari hingga kini, kami telah menerima seramai lebih 200 orang pelajar  di 6 cawangan kami.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada ibu dan bapa pelajar di atas kepercayaan yang diberikan untuk bersama-sama kami menghafaz dan mempelajari Al-Quran hanya di hujung minggu sahaja.

Kami dari pihak SMART IQ Quranic Centre berharap agar semua pelajar untuk terus istiqamah dan memberikan komitmen sepenuhnya dalam usaha mengejar cita-cita dan impian ibu bapa untuk menjadi  Al-Hafiz / Al-Hafizah serta cemerlang di dunia dan akhirat,

Di sini, kami sertakan beberapa detik-detik manis pelajar-pelajar kami sepanjang kelas hafazan berlansung sekitar bulan Mac 2016. 


-Admin-
SMART IQ Quranic Centre


 











No comments:

Post a Comment