Monday, April 25, 2016

IBU.... ADIK NAK MENGHAFAL AL-QURAN...TAPI DI MANA??

بسم الله الرحمن الرحيم

IBU...ADIK NAK MENGHAFAL AL-QURAN...TAPI DI MANA?

Buat para ibu bapa sekalian. Usah runsing dan pening kepala jika acap kali ditujukan soalan sedemikian daripada anak-anak anda. Anda runsing untuk mencari pusat tahfiz bagi memenuhi hajat anak anda menghafal Al-Quran? Usah risau dan gusar, kami di SMART IQ Quranic Centre boleh menyelesaikan masalah anda.

Di SMART IQ Quranic Centre, kami menawarkan KELAS HAFAZAN HUJUNG MINGGU NO.1 di KEDAH. Ya, hanya di HUJUNG MINGGU  sahaja. Para ibu bapa boleh menghantar anak mereka untuk menghafal Al-Quran dan juga belajar mengenali dan memahami ayat suci Al-Quran dengan lebih mendalam.

Semestinya setiap ibu bapa ingin memberikan segala yang terbaik untuk anak-anak mereka dengan mengimbangkan antara AKADEMIK dan juga ILMU AGAMA. Justeru itu, amat sesuailah untuk menghantar anak-anak mereka menghafal Al-Quran bersama-sama kami hanya sekali di HUJUNG MINGGU sahaja.In shaa Allah, niat dan usaha yang ikhlas dan murni untuk mendidik anak dengan ilmu Al-Quran akan akan membawa kepada keberkatan dan rahmah daripada Allah s.w.t.

Di SMART IQ Quranic Centre kami menerapkan pendidikan secara santai dan berdisiplin dengan penerapan akhlak yang murni di dalam Al-Quran. Oleh itu, setiap pelajar di sini bukan sekadar menghafal Al-Quran malah diberi pendidikan Rohaniah dan Akhlakiah yang mantap berteraskan Al-Quran . Selain itu, GURU-GURU kami merupakan dari kalangan Al-Hafiz & Al-Hafizah yang mana ditapis dengan disiplin yang ketat sebelum di beri peluang mengajar anak-anak anda.

Kepada semua ibu bapa yang inginkan anak mereka menghafal Al-Quran, AYUH DAFTAR segera anak-anak anda di KELAS HAFAZAN AL-QURAN HUJUNG MINGGU dan kami akan membimbing anak-anak anda menjadi salah seorang penjaga kalam suci Allah. Sekurang-kurangnya sejuk hati ibu ayah dan selamat mereka di Akhirat nanti.

UNTUK MENDAFTAR SILA HUBUNGI:

019-476 8013 / 04-734 8013





No comments:

Post a Comment