Tuesday, February 28, 2017

KELAS HAFAZAN MINGGUAN SMART IQ QURANIC CENTRE KINI DI CAWANGAN KULIM !!


[Ibu Bapa sekitar daerah kulim yang mahu anak hafaz Al Quran walau anak sekolah Kebangsaan]
.
Peluang hantar anak anak hafaz Al Quran di hujung Minggu. Kami berpengalaman sejak 2012 lebih 600 orang pelajar yang telah mengikuti modul Kami di 7 cawangan selidik Kedah. Pasti mudah Seronok dan berkesan. Kini kami membuka cawangan ke 8 di kulim. 
.
Hubungi 0194768013 / 0194488013
.
=========================
SMART IQ QURANIC SEDIA MEMBANTU ANAK-ANAK MENGHAFAZ DENGAN MUDAH, SERONOK & EFEKTIF !!!
=========================
KAMI MENAWARKAN PERKHIDMATAN KELAS HAFAZAN AL-QURAN HUJUNG MINGGU NO 1 DI UTARA.
.
KEISTIMEWAAN TEKNIK HAFAZAN SIQC
.
👍 Mempunyai sistem dan kaedah hafazan yang terbukti memberi faedah kepada anak-anak 
👍 Tak menggangu pengajian akademik anak-anak
👍 Kelas hanya dijalankan seminggu sekali sahaja
👍 Memberi penekanan kepada sebutan huruf dan bacaan
👍 Membentuk cara bacaan tartil dan mengurangkan kesalahan bacaan
👍 Pengenalan kepada asas tajwid yang mudah di fahami
👍 Anak-anak dapat menghafaz sewal usia 5 tahun
👍 Dibimbing oleh guru berkelayakkan dan berkepakaran dalam bidang Al-Quran
👍 Anak-nak dapat menghafaz Al-Quran walaupun tidak memasuki Maahad Tahfiz
👍 Kaedah menghafaz secara berkelompok
.......................................................................................
Wowww !! Biaq betoii ???
.
Mai hujung minggu ja boleh hafaz banyak surah. Siap boleh tebuk ayat lagi..
.
Kalau macam ni nak masuk laa Kelas Hafazan Mingguan dekat Smart IQ Quranic Centre tuu !!!
.......................................................................................
Senang ka nak pi kelas hafazan mingguan ini ???
.
Tunggu lagiii.. Kami ada 7 cawangan tau kat sekitar Negeri Kedah. Tinggal pilih jaa cawangan mana yang paling berdekatan..
SEBELUM TUU.. KAMI ADA CAWANGAN BARU DI KULIM..
Masjid Al-Huda, Kelang Lama, Kulim
Hari : Sabtu 
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari 
.
=======================
CAWANGAN SMART IQ QURANIC :
=======================
.
1. Masjid Al-Huda, Kelang Lama, Kulim 
Hari  :  Sabtu 
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
.
2. Wisma Smart IQ Quranic Centre, Pekan Kuala Sungai, Alor Setar (Centre)
Hari : Jumaat @ Sabtu
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari 
9.30 pagi - 5.30 petang
.
3. Surau Al-Ikhwan, Mentaloon (Cawangan Alor Setar Utara)
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
.
4. Masjid Tandop, Alor Setar (Cawangan Alor Setar Selatan)
Hari : Jumaat
Masa : 8.45 pagi - 12.00 tengah hari
.
5. Masjid Syarifah Fatimah,Jitra (Cawangan Jitra Utara)
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari 
.
6. Masjid Jameik As-Shahab, Kepala Batas, Jitra (Cawangan Jitra Selatan)
Hari : Sabtu 
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari 
.
7. Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani (Cawangan Sungai Petani)
Hari : Sabtu 
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari 
.
8. Masjid Al-Hidayah, Naka (Cawangan Padang Terap)
Hari : Jumaat 
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
........................................................................................
Tak yakin lagi dengan kami ??? 
.
Haa.. Baca dulu sampai clear..

Ratusan peserta kami seawal 5-18 tahun telah terbukti fasih menghafaz Al-Quran hanya dengan mengikuti modul pembelajaran di hujung minggu sahaja, walaupun peserta bukan pelajar sekolah agama. 
.
Kami mempunyai kepakaran dalam bidang hafazan untuk kanak-kanak dan remaja.
.
Penggubal modul kami mempunyai kelayakan akademik Diploma, Degree dan Master dalam bidang Tahfiz Al-Quran bahkan mempunyai 10 sanad qiraat bacaan Al-Quran bersambungan sehingga Rasulullah SAW di samping pernah mewakili Kedah ke peringkat Kebangsaan dalam Majlis Hafazan kategori 30 juzuk.
.
Pengalaman dan kepakaran ini yang ingin kami turunkan kepada anak-anak didik kami.
......................................................................................
======================
FAEDAH MENYERTAI KELAS HAFAZAN MINGGUAN SIQC
======================
✪ Anak-anak mula BERSUNGGUH-SUNGGUH BELAJAR AL-QURAN. Belajar dan hadir TANPA PAKSAAN.
✪ Elakkan anak-anak TIDUR@BERMAIN GAME@TONTON KARTUN BERLEBIHAN di hujung minggu.
✪ Anak-anak akan jadi ‘PRO’ dalam HAFAZAN AL-QURAN :-) Silap-silap haribulan, dia yang ajar kita nanti..
✪ Kita pun dapat PAHALA. Inshallah anak kecil ini akan menjadi PENYUMBANG SAHAM PAHALA!!
✪ Yang paling bernilai tanpa ada harga tolok bandingnya ialah anak ini bakal PEMBERI SYAFAAT KELAK DI HARI AKHIRAT. 
.......................................................................................
Nak terus daftar laa !!!
.
✆✆ UNTUK PENDAFTARAN/PERTANYAAN ✆✆
>> WHATSAPP "SIQC" di 019-476 8013 <<
>> WHATSAPP "SIQC" di 019-476 8013 <<
>> WHATSAPP "SIQC" di 019-448 8013 <<
>> WHATSAPP "SIQC" di 019-448 8013 <<
.
@ LAYARI 
☛ hafazanalquran.blogspot.my
☛ www.quranic.stiq.com.my
.
@ LIKE & Comment & Mesej
Page : SMART I Q Quranic Centre
.
SEMUANYA HANYA DI SMART IQ QURANIC CENTRE !
.
"Peneraju Kelas Hafazan Hujung Minggu No. 1 di Utara"
#smartiqquraniccentre

Tuesday, February 21, 2017

KELAS HAFAZAN MINGGUAN DI DAERAH KULIM BERMULA 11 MAC 2017



PENGUMUMAN !!! 
.
Alhamdulillah Smart IQ Quranic Centre akan membuka cawangan Kelas Hafazan Mingguan ke 8 di Daerah Kulim. Kelas akan berlangsung pada setiap hari Sabtu hujung minggu.
.
Kelas ini akan bermula pada bulan 11 Mac 2017.
.
Kepada warga Kulim sekalian, cepat cepatt daftarkan anak-anak anda bersama-sama kami dalam Kelas Hafazan Mingguan :)
.
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi 019-476 8013
.
#hafazanhujungminggu
#hafazanalquran
#smartiqquraniccentre
#jompakathafazalquran
#cemerlangalqurancemerlangakademik
#penerajuhafazanno1diutara
#modulmudahdanberkesan
#kelaspengajiandanhafazan
#kelastahfiz

UBATI HATIMU DENGAN AL-QURAN


Allah jalla wa ‘ala berfirman,
.
‎وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا
.
“Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambah iman mereka..”
.
[al-Anfaal(8):2]
.
Syaikh Muhammad ibn Soleh, ketika menjelaskan ayat ini, dia berpesan:
.
‎إذا رأيت من نفسك انك كلما تلوت القران ازددت إيمانا، فان هذا من علامات التوفيق.
.
Sekiranya engkau melihat pada dirimu, setiap kali engkau membaca al-Quran, bertambahnya iman, ini merupakan tanda taufiq (dari Allah)
.
‎أما إذا كنت تقرا القران ولا تتأثر به، فعليك بمداواة نفسك،
.
Adapun sekiranya engkau membaca al-Quran, dan engkau tidak terkesan dengannya, maka hendaklah engkau ubati dirimu
.
‎لا أقول إن تذهب إلى المستشفى، لتأخذ جرعة من حبوب أو مياه أو غيرها،
.
Aku tidak bermaksud supaya engkau pergi ke hospital lalu mengambil dos pil-pil atau cecair atau selainnya,
.
‎ولكن عليك بمداواة القلب،
.
Tetapi hendaklah engkau mengubati hatimu
.
‎فان القلب إذا لم ينتفع بالقران ولم يتعظ به، فانه قلب قاس مريض، نسأل الله العافية.
.
Kerana hati yang tidak mendapat manfaat dari al-Quran, dan tidak terkesan dengannya, ia adalah hati yang keras dan berpenyakit
.
Kita pohon kepada Allah akan kesembuhan (dari penyakit hati)
.
‎فأنت يا أخي طبيب نفسك لا تذهب إلى الناس،
.
Engkau, wahai saudaraku, adalah doktor untuk dirimu; jangan engkau pergi kepada orang lain
.
‎أقرا القران فان رأيت انك تتأثر به إيمان وتصديقا وامتثالا فهنئا لك، فأنت مؤمن،
.
Bacalah al-Quran (berterusan), sekiranya engkau mendapati dirimu terkesan dengannya pada keimanan, membenarkan kandungannya, dan mempraktikkannya; maka tahniah, kerana engkau adalah seorang mukmin
.
‎وإلا فعليك بالدواء، داو نفسك من قبل إن يأتيك موت لا حياة بعده، وهو موت القلب،
.
Sekiranya sebaliknya, maka hendaklah engkau segera berubat. Ubati dirimu sebelum datangnya kematian yang tidak ada kehidupan sesudahnya, iaitu kematian hati.
.
‎أما موت الجسد فبعده حياة، وبعده بعث وجزاء وحساب.
.
Adapun matinya jasad, akan ada kehidupan selepasnya, ada kebangkitan, pembalasan dan penilaian amal.
.
[Syarh Riyadhus Solihin]
.
Pengarah Urusan Smart IQ Quranic Centre,
Ustazah Syahrul Haninah Binti Salleh Al-Hafizah

#smartiqquraniccentre
#penerajukelashafazanno1diutara

Program Qiamullail Perdana SIQC



Anak-anak atau adik-adik anda letih bersukan di sekolah sehingga tiada aktiviti kerohanian??

Jom sertai kami di Program Qiamullai Perdana anjuran SMART IQ QURANIC CENTRE untuk menambahkan semangat beribadah dan mengembalikan semangat mereka untuk 
masuk ke kelas semula 

Cepat daftar atau anda tidak sempat untuk join program ini !! 
Tempat hanya tinggal 20 kekosongan sahaja lagi untuk dipenuhi !!

*****************************************************
JOM SERTAI KAMI !!!

"Program Qiamullail Perdana"

Anjuran : SMART IQ QURANIC CENTRE
Tarikh : 3/2/2017(Jumaat) – 4/2/2017(Sabtu)
Tempat : Smart IQ Quranic Centre, Pekan Kuala Sungai
Masa : 6.00 petang – 7.30 pagi
Yuran : RM10.00 sahaja
Terbuka kepada semua pelajar yang berumur 7 - 18 tahun

*****************************************************
* Qiamullail *Solat Berjemaah *Tadarus Al-Quran *Tazkirah *Aktiviti Berkumpulan *Motivasi *

Daftar Sebelum RABU (1/3/2017)

Untuk Pendaftaran :
Wassap/msg "QIAM 3" >NAMA< >NO.TEL<
ke 019-448 8013 / 019-476 8013

Monday, February 13, 2017

MERAIH KEBERKATAN WAKTU DENGAN MEMBACA AL-QURAN


Seorang guru yang berpesan kepada anak muridnya :

"Jangan engkau tinggalkan membaca Al-Quran, semakin banyak engkau membacanya, engkau akan mendapati urusanmu akan bertambah mudah".

Lalu anak murid itu mengikut apa yang dinasihatkan oleh gurunya, pada permulaannya dia mampu membaca 3 juz Al-Quran sehari,

Lalu dari hari kehari, jumlah helaian yang mampu dibacanya bertambah, dan dia mendapati urusannya semakin dimudahkan oleh Allah,

Kemudian dia bertanya kepada gurunya "wahai guruku, aku mendapati jumlah helaian Al-Quran yang mampu aku baca semakin meningkat, sedangkan aku seorang yang sibuk dengan kerjaku"

Maka gurunya berkata "waktu seharianmu menjadi berkah, kerana banyaknya engkau membaca Al-Quran, engkau terasa seakan-akan mampu melakukan banyak urusanmu walaupun hanya waktu yang singkat.."

Subahanallah
Melalui kisah tadi sudah membuktikan bahawa, apabila kita membaca Al-Quran waktu kita menjadi lebih berkah.

Secara logiknya, bila kita membaca banyak helaian al-quran, ia akan mengambil masa yang lama bukan??

Mesti hanya sedikit waktu yang berbaki, sehingga kita hanya mampu melakukan hanya sedikit urusan lain, tetapi,

Semakin banyak al-Quran kita baca, kita akan mendapati semakin banyak pula urusan yang mampu kita lakukan.

Bukan kerana waktu 24 jam itu bertambah, tetapi kerana berkahnya waktu, dan kerana urusan kita dipermudahkan oleh Allah Sang Penjaga masa kita.

Rasulullah saw bersabda;
"Barangsiapa yang bangun di pagi hari, dan hanya dunia yang difikirkan olehnya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak Allah keatas dirinya, maka Allah akan menanamkan 4 penyakit padanya;

1- Kebingungan yang tiada putusnya.

2- Kesibukan yang tidak ada hujungnya.

3- Keperluan yang tidak pernah merasa cukup.

4- Angan-angan yang tiada penghujungnya.

(HR MUSLIM)


Pengarah Urusan Smart IQ Quranic Centre,
Ustazah Syahrul Haninah Binti Salleh Al-Hafizah

Wednesday, February 8, 2017

Bagaimana Doa Ibu Bapa cepat Makbul ??


Sebagai Ibu Bapa anda jangan pernah putus asa dalam menangani masalah anak-anak. Allah amat benci dengan orang yang berputus asa. Sebaliknya syaitan suka jika kita berputus asa. Orang yang berasa hendak berputus asa harus berdoa,

"Sesungguhnya keampunanMu lebih kuharapkan daripada amalanku dan sesungguhnya rahmat Engkau lebih luas daripada dosa-dosaku."

Untuk mengenal pasti punca masalah anak-anak, usaha semata-mata tidak memadai. Kita selaku ibu bapa harus mencari punca-punca pokok atau dasar masalah. Misalnya cuba kita lihat diri kita dahulu (muhasabah diri). Jangan nampak salah orang lain sahaja. Jangan ingkar perintah Allah. Jangan terlibat dengan perkara syubhah.

Sesetengah ibu bapa mengatakan bahawa mereka masih banyak kejahilan. Jika benar, carilah ilmu. Ada juga ibu bapa yang berilmu tapi tidak beramal dengan ilmu itu.

Di sini ingin saya kongsikan beberapa tips tentang bagaimana doa ibu bapa cepat makbul.

🌸 Hati ibu bapa mesti bersih supaya setiap tindak tanduk berkat
🌸 Bentuk personaliti anak dan jangan terpengaruh dengan suasana yang buruk.
🌸 Mantapkan amal harian mengikut sunnah Rasulullah SAW.
🌸 Tinggalkan amalan negatif.
🌸 Taubat Nasuha terhadap dosa yang banyak.
🌸 Jaga dan pertingkatkan ibadah kepada Allah.
🌸 Bersihkan punca rezeki.
🌸 Keluarkan zakat dengan sempurna.


Pengarah Urusan Smart IQ Quranic Centre, 
Ustazah Syahrul Haninah Binti Mohd Salleh Al-Hafizah

Monday, February 6, 2017

TEMUDUGA TERBUKA UNTUK JAWATAN PEMBANTU PENGURUS ANAK YATIM


📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢
TEMUDUGA TERBUKA !!!
JAWATAN                        : PEMBANTU PENGURUS ANAK YATIM (PEREMPUAN)
STATUS                           : FULL TIME
TEMPAT BERKHIDMAT : ALOR JANGGUS, ALOR SETAR
PENGINAPAN & MAKANAN DITANGGUNG
Kepada sesiapa yang berminat boleh menghadiri temuduga yang dijalankan seperti ketetapan di bawah :
TARIKH : 8/2/2017 (RABU)
MASA : 3.30 PETANG
TEMPAT : SMART IQ QURANIC CENTRE , PEKAN KUALA SUNGAI, ALOR SETAR, KEDAH

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak kami di talian 019-476 8013

#jawatankosongalorsetar
#jawatankosongkedah
#jawatankosong