Monday, January 29, 2018

PEMBUKAAN CAWANGAN BARU YANG KE-11 DI GURUN!!


Alhamdulillah!!! Alhamdulillah!! syukur kepada Allah..ada berita baik buat orang Gurun..tak lama lagi kami akan buka cawangan baru kelas hafazan mingguan di Gurun.!! ayuh ramai-ramai orang Gurun JOM SERTAI KAMI!! 


MAKLUMAT KELAS HAFAZAN CAWANGAN GURUN:
Masjid pekan Gurun, Gurun (Cawangan GURUN)
Hari: Jumaat
Masa:9.00 pg-12.00 tengah hari

"TAK RUGI MELABUR UNTUK ANAK-ANAK MENGHAFAL AL-QURAN KERANA ANAK YANG SOLEH BOLEH MENJADI ASET DAN SAHAM AKHIRAT BUAT IBU BAPA"



Monday, January 22, 2018

30 CAWANGAN BARU KELAS HAFAZAN AL QURAN MINGGUAN AKAN DIBUKA PADA TAHUN 2018!!


Ramai ibu bapa yang mahu anak-anak mereka menghafaz Al Quran tetapi tidak mahu menggadaikan kecemerlangan akademik. Kini peluang terhidang di depan mata apabila modul khas digubal untuk anak-anak sekolah harian (rendah dan menengah) juga turut boleh menghafaz Al Quran  tanpa menjejaskan waktu pengajian mereka di sekolah. SEBANYAK 10 CAWANGAN TELAH DIBUKA. Hal ini tidak mungkin terjadi jika tiada SOKONGAN PADU dan sambutan yang memberansangkan daripada ibu bapa pelajar dan juga pihak-pihak masjid yang berusaha menjadikan pengajian & hafazan AL-QURAN sebagai satu platform untuk mengimarahkan masjid/surau dan seterusnya melahirkan generasi HAFIZ & HAFIZAH yang cemerlang dunia & akhirat hanya pada HUJUNG MINGGU sahaja.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
       


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MAKLUMAT TERIKINI CAWANGAN KAMI:

Wisma Smart IQ Quranic Centre, Pekan Kuala Sungai, Alor Setar (Centre)
Hari : Jumaat @ Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari



Surau Al-Ikhwan, Mentaloon (Cawangan Alor Setar Utara)
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari



Masjid Tandop, Alor Setar (Cawangan Alor Setar Selatan)
Hari : Jumaat
Masa : 8.45 pagi - 12.00 tengah hari



Masjid Syarifah Fatimah,Jitra (Cawangan Jitra Utara)
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari



Masjid Jameik As-Shahab, Kepala Batas, Jitra (Cawangan Jitra Selatan)
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari



Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani (Cawangan Sungai Petani) 
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari



Masjid Pekan Pendang (Cawangan Pendang )
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari 



Masjid Al-Huda, Kelang Lama, Kulim (Cawangan Kulim)
Hari : Sabtu 
Masa : 9.00 pagi - 12.00 Thari



Masjid Istiqlal, Kuala Nerang( Cawangan Kuala Nerang)
Hari: Jumaat
Masa: 9.00pg - 12T.hari



Tadika cilik ilmu, Taman Bukit Kaya, Kangar.
Hari: Sabtu
Jam: 9.00 pg- 12.00t hari



Masjid Jamek Seberang Jaya (AKAN DATANG FEBRUARI INI)
Hari: Sabtu
Jam: 9.00 pg- 12.00t hari








Tuesday, January 16, 2018

INI 5 KELEBIHAN ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN!!


<<TAK RUGI MELABUR UNTUK ANAK-ANAK MENGHAFAL AL-QURAN KERANA ANAK YANG SOLEH BOLEH MENJADI ASET DAN SAHAM AKHIRAT BUAT IBU BAPA>>



Menghafal al-quran merupakan satu perbuatan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dan mengharapkan ganjaran pahala di dunia dan di akhirat. Justeru, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang cukup besar kepada mereka semua tidak kiralah di duniamahupun di akhirat. Antara 5 kelebihan seorang penghafal al-Quran di dunia adalah :  



 1. Mereka dianugerahkan hati dan pemikiran yang tenang dan lapang

Orang yang menghafal al-Quran merupakan seorang yang lebih dekat dengan Allah SWT. Hal ini demikian kerana ayat-ayat suci al-Quran tersimpan di dalam dada mereka dan mereka berusaha untuk mengekalkannya dengan baik. Para penghafal al-Quran akan sentiasa "murojaah" atau mengulang bacaan al-Quran mereka dengan tujuan untuk menjaga hafalan mereka. Oleh hal yang demikian, hati mereka akan sentiasa mrngingati Allah SWT, dan sesungguhnya hati yang sentiasa mengingati Allah SWT akan mendapatkan ketenangan seperti yang telah dinyatakan di dalam surah Al-Ra'd, ayat ke 28 yang berbunyi :

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram”

2. Mereka diangkat sebagai seorang pemimpin  

Seseorang yang lebih banyak hafalannya lebih diutamakan untuk dijadikan sebagai pemimpin ataupun imam solat. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al Khudriy ra, Beliau mengatakan: 

Rasulullah SAW bersabda, “Jika kalian berjumlah tiga orang (dan hendak mengerjakan solat berjamaah) makan hendaklah salah seorang dari kalian yang paling banyak hafalannya menjadi imam”

3. Mereka merupakan insan istimewa Allah SWT

Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah  itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.” 
Kemudian Anas bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?” 
Baginda menjawab: “Iaitu ahli Al-Quran (orang yang membaca atau menghafal al-Quran   dan mengamalkan isinya). merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.” (Riwayat lbn Majah)

4Mereka dapat memberi syafaat kepada ahli keluarga 

Mafhum sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca al-Quran dan menghafalnya,maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

5.  Mereka bakal mendapatkan syurga yang tertinggi

Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-Quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal al-Quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu.” (Riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim)

Tuesday, January 9, 2018

[VIRAL ] Budak 2 tahun mampu menghafal 42 surah Al-Quran !! INI 6 TIPS BERKESAN MENDIDIK ANAK MENGHAFAL AL-QURAN



Sejak beberapa hari lalu, viral di sosial media mengenai seorang budak dua tahun bernama Ahmad Ziyyad Mohd Zahir mampu meghafal 42 surah Al-Quran. Berita ini mula menjadi perhatian netizen apabila dia dikatakan boleh menghafal ayat-ayat Al-Quran. 

Menurut ibunya Ahmad Ziyyad mula menunjukkan minat untuk menghafal Al-Quran sejak dari 11 bulan lagi apabila dia melihat mulut dan gaya bacaan ibunya walaupun sebutannya kurang jelas. Subhanallah! Hebatnya kan adik ni kecik-kecik lagi dah boleh hafal Al-Quran.

Ahmad Ziyyad sememangnya luar biasa! namun itu tak bermakna kanak-kanak lain tidak mampu melakukannya.



Adik Ahmad Ziyyad Mohd Zahir




Kelebihan menghafal sudah diketahui ramai. Cuma cara untuk membimbing dan mendidik anak-anak  jarang dikongsikan.

Cara untuk mengajar anak membaca Al Quran boleh diterapkan di dalam kehidupan seharian, malah ia juga boleh mulai dari seawal 6 bulan. Disini, kami ingin kongsikan tips-tips untuk mendidik anak-anak menghafal Al Quran.


1.    Mulakan dengan memberikan si kecil anda mendengar ayat suci Al Quran

Anda boleh mula mendidik anak-anak membaca Al Quran semasa dia dalam kandungan. Setiap detik basahi mulut anda dengan ayat-ayat Al Quran. Anda juga perlu tanamkan niat. Niatlah supaya anak mendengar ayat-ayat Al Quran yang dibaca oleh ibunya dan kerana Allah. In Shaa Allah anak anda akan berkembang dengan bijak apabila mendengar ayat-ayat Al Quran.

2.    Gunakan dengan bantuan alat mengajar untuk anak-anak

Pada usia 6 bulankita boleh ajar mereka dengan menggunakan flashcard. Bayi hanya boleh lihat dengan 3 warna sahaja, putih, hitam dan merah, iaitu, kertas berwarna putih, tulisan huruf warna hitam dan baris bewarna merah. Flash kan setiap hari paling kurang 2 kali sehari. Sekali flash hanya 15 saat sahaja. Pilih 5 huruf untuk minggu pertama.


3.    Memasang CD/ kaset didalam kereta

Tambahan lagi, untuk mendidik anak anda, pasangkan CD/kaset Al Quran di dalam kereta, tidak kira pergi ke mana-mana.


4.    Jadikan Halaqah/Usrah membaca Al Quran di dalam Rumah Anda

Susun jadual rumah anda, setiap hari selepas maghrib halaqah/usrah membaca Al Quran. Kalau tak dapat setiap hati, pastikan seminggu sekali. Satu keluarga bersama-sama membaca Al Quran. Dengan ini si kecil juga akan dapat mendengarnya sekali. Kecintaan anak-anak anda terhadap Al Quran akan semakin membuak-buak.

5.     Bina suasana di rumah Al Quran di Mana-Mana

Hashtag #AlQuranDiManaMana kalau bahasa zaman teknologi sekarang. Maksudnya di sini, letakkan Al Quran di tempat yang mudah untuk dicapai dan mudah untuk dilihat oleh anak-anak anda. Dengan ini, anak anda akan mula mencintai untuk membacanya.


6.     Baca Sebelum, Semasa & Selepas Tidur

Tidur adalah antara masa yang penting untuk memasukkan memori dalam minda anak-anak. Kita perlu memasukkan Al Quran dalam hati dan otak anak ketika SEBELUM TIDUR, SEMASA DAN SELEPAS BANGUN TIDUR. Sebelum mereka tidur (tidur pada waktu malam), pasangkan alunan Al Quran secara sayup-sayup di tempat anak tidur. Jangan pasang terlalu kuat. Lebih baik lagi, pasangkan sehingga waktu pagi. Ini kerana, kanak-kanak atau bayi akan terjaga banyak kali pada setiap malam



Friday, January 5, 2018

KELAS HAFAZAN MINGGUAN SESI 2018


Kelas hafazan mingguan bagi sesi 2018 telah bermula.. 

Untuk ibu bapa, pastikan sekurang-kurangnya dalam keluarga kita ada seorang anak yang hafiz/ah Al Quran. Tanamkan cinta bersama Al Quran sejak kecil bersama kami dengan modul hafazan hanya di hujung minggu.

HQ kami di Pekan Kuala Sungai. Kami juga ada cawangan di Alor Setar (U) & (S), Jitra (U & (S), Sungai Petani, Kuala Nerang, Kulim, Kangar, mentaloon dan pendang.

Ayuh sertai kami di 10 lokasi cawangan SMART IQ QURANIC CENTRE yang berdekatan.

DISINI LAHIRNYA GENERASI HUFFAZ


                                                                  Kelas Hafazan Mingguan HQ Kuala Sungai