Monday, April 30, 2018

PROGRAM PEMBANGUNAN KAKITANGAN TM YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

9 Mac 2016 : Menara TM Kuala Lumpur - Seramai 25 orang kakitangan tetap TM Berhad telah mengikuti kursus peningkatan motivasi bagi membantu meningkatkan motivasi bekerja disamping menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Peserta adalah yang mendapat tajaan dariapa Yayasan Telekom Malaysia bagi melanjutkan pengajian. Program dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Smart Triple IQ Sdn Bhd.






























#Team_Building
#Team_Building_Islamik
#Islamic_Team_Building
#Terapi_Rohani
#Sentuhan_Jiwa
#Team_Building_Islamic
#Team_Building_Psikologi
#Smart_Triple_IQ





Wednesday, April 11, 2018

CAWANGAN SEDIA ADA KELAS HAFAZAN AL QURAN SMART IQ



Ingin anak anda menghafal Al Quran dalam masa yang singkat? Nak anak anda hafal Al Quran seawal usia? Tidak ganggu waktu akademik?

Kami dari Smart IQ Quranic Centre menyediakan satu platform untuk anak anda menghafal Al Quran dengan mudah, seronok dan berkesan hanya di Hujung Minggu Sahaja!

Malah..Terdapat lebih daripada 15 cawangan kelas hafazan kami dibuka di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Cuba fikirkan…


Dengan hanya meluangkan masa 3 jam untuk anak anda menghafal Al Quran? Apa yang anda dapat?

Anda akan rugi?

Anda tidak akan rugi langsung!..malah anda sangat beruntung kerana memiliki anak yang mampu menghafal Al Quran di mana menjadi impian setiap ibu bapa menginginkan anak-anak menjadi hafiz/hafizah.


Tuesday, April 3, 2018

PROGRAM QIAMULLAIL PERDANA KUALA SUNGAI, ALOR SETAR 2018

PROGRAM QIAMULLAIL anjuran SMART IQ QURANIC CENTRE

Program ini direka khas kepada pelajar-pelajar yang berumur 7-18 tahun bagi menambahkan aktivit kerohanian berbentuk ilmiah

Sertai kami pada : 


Tarikh    : 6 April 2018- 7 April 2018 (JUMAAT-SABTU)
Masa     : 6.00 petang JUMAAT - 7.30 pagi SABTU
Tempat  : SMART IQ QURANIC CENTRE, TAMAN KASIH,KUALA SUNGAI, ALOR SETAR 
  ANTARA PENGISIAN MENARIK SEPANJANG PROGRAM 
Qiamullail
Solat Berjemaah
Tadarus Al Quran
Tazkirah
Game Anak Soleh















REHLAH TARBAWI BANTU DIDIK ANAK SECARA SANTAI

Peserta bersemangat memulakan rehlah tarbawi dengan senaman ukhuwwah yang dipimpin Izzat Zafri
30 Mac 2018 : SERAMAI  150 kanak-kanak dari pelbagai latarbelakang berumur antara 6 hingga 13 tahun telah menyertai program ‘Rehlah Tarbawi’ di Dataran Taman Rimba Alor Setar Kedah anjuran Smart IQ Quranic Centre (SIQC)  baru-baru ini.
Pengarah Urusan SIQC, Ustazah Syahrul Haninah Binti Mohd Salleh berkata, program itu adalah salah satu dari siri-siri tarbiah kanak kanak bagi memberikan kesedaran akhlak dan nilai anak soleh yang dijalankan oleh SIQC secara santai dengan pelbagai aktiviti menarik.
“Ini adalah sebahagian dari kerja sosial kami bersama komuniti kanak-kanak, selain itu kami juga menjalankan aktiviti tarbiah santai lain seperti qiamullail, sembang santai, usroh anak soleh dan lain-lain lagi.
“Program ini adalah diharapkan dapat membantu ibu bapa dalam mendidik anak –anak agar berjaya di dunia dan akhirat”.
“Justeru kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir sama dalam program rehlah tarbawi tersebut seperti pihak berkuasa tempatan termasuk pengurusan anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Anak Yatim SIQ,” katanya.
Manakala Mohd Izzat Zafri sebagai jurulatih program rehlah tersebut ketika ditemui berkata, program ini dijalankan dengan pelbagai aktiviti permainan agar dapat menarik minat peserta mempelajari sesuatu berasakan aktiviti dalam permainan tersebut seperti ‘kids explorace, senaman ukhuwwah, latihan dalam kumpulan dan membina identiti kumpulan.
Beliau berkata, ia adalah salah satu langkah awal untuk peserta mengenal potensi diri dan ciri-ciri akhlak mulia sebagai seorang anak dan pelajar sebelum meningkat  kealam remaja
 “Melalui aktiviti ini peserta dapat berkenalan satu sama lain selain dapat mempelajari adab dalam bertutur kata sesama rakan dan adab bersama orang yang lebih tua, sekali gus sebagai suatu motivasi menjadikan mereka anak soleh dan solehah,” katanya.
Program yang bermula jam 9 pagi itu berakhir pada jam 12 tengahari dengan acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.