Wednesday, December 13, 2017

8 PERKARA YANG MEMBUAT KITA MERASA NIKMAT DALAM MENGHAFAL AL-QUR’AN.

8 PERKARA YANG MEMBUAT KITA MERASA NIKMAT DALAM MENGHAFAL AL-QUR’AN.
 “ Ustaz, berapa lama untuk khatam hafal al-Quran 30 juz? ”
“ SEUMUR HIDUP ” jawab ustaz dengan santai.
Sahabat saya bingung, kemudian beliau bertanya lagi “ targetnya ustaz ? ”
“ Targetnya HUSNUL KHOTIMAH, MATI DALAM KEADAAN PUNYA HAFALAN” jawab ustaz lagi.
Jawapan tersebut sarat dengan makna. Prinsip ustaz “ CEPAT HAFAL itu datangnya dari ALLAH, manakala INGIN CEPAT HAFAL (boleh jadi) datangnya dari hawa nafsu dan syaitan. ”
1. MENGHAFAL TIDAK HARUS HAFAL
Allah memberi kemampuan menghafal dan mengingat yang berbeza-beza pada setiap orang.
Bahkan imam besar dalam Ilmu Qiroat, guru dari Hafs yg mana bacaan kita merujuk pada riwayatnya yaitu Imam Asim mengambil masa 20 tahun untuk menghafal keseluruhan Al-Quran.
Target menghafal kita bukanlah menghabiskan hafazan dengan cepat tapi bagaimana kita menghabiskan waktu  yang sudah kita agendakan HANYA untuk menghafal.
2. JANGAN TERGESA-GESA, JANGAN PULA DITUNDA-TUNDA
Kalau kita sudah menetapkan masa, contohnya: Dari jam 6pg- jam 7pg adalah WAKTU KHUSUS untuk menghafal .
Maka berapa pun ayat yang dapat kita hafal tidak jadi masalah.
Jangan terburu-buru pindah ke ayat ke-2 jika ayat pertama belum benar-benar kita hafal.
Nikmati saja saat-saat ini. Saat-saat dimana kita berbicara kasih dengan Allah.
1 jam saja, tidaklah terlalu lama kan? jika dibandingkan dengan masa yang dihabiskan dengan facebook, instagram setiap hari.
Tapi ingat!
Juga bukan untuk ditunda-tunda. Jangan tunggu esok, apabila keesokan hari masih lagi mengatakan esok.
3. MENGHAFAL BUKAN UNTUK KHATAM, TAPI UNTUK SETIA BERSAMA QUR’AN.
Description: emotional-intellegence
Kondisi HATI yang tepat dalam menghafal adalah BERSYUKUR bukan BERSABAR.
Tapi kita sering mendengar kalimat “menghafal memang perlu banyak bersabar”
Sebenarnya tak salah, hanya kurang tepat.
Kerana apabila mindset kita mengatakan ‘sabar’, seolahnya ayat quran yang dihafal itu satu beban pula.
Bukankah di awal surat Thoha Allah berfirman bahwa Al-Qur’an diturunkan BUKAN SEBAGAI BEBAN.
Untuk apa cepat khatam jika tidak pernah diulang? Setialah bersama Al-Qur’an.
4. SENANG DIRINDUKAN AYAT
Ayat-ayat yg sudah kita baca berulang-ulang namun belum juga ‘melekat’ dalam otak kita, ayat itu sebenarnya rindu dengan kita. Mungkin ayat tersebut nak kita terus ulang dan ulang.
Maka katakanlah pada ayat tersebut “I miss you too…” hehe.
Cuba dibaca maksud dan tafsirnya. Boleh jadi ayat tersebut adalah ‘jawapan’ dari ‘pertanyaan’ kita.
5. MENIKMATI SAAT MENGHAFAL QURAN
Nikmatnya suatu makanan itu terasa ketika kita sedang memakannya, bukan sebelum makan bukan pula setelahnya.
Nikmatnya menghafal adalah ketika menghafal dan ketika mengulangnya.
6. FOKUS PADA PERBEZAAN, ABAIKAN PERSAMAAN
Description: fabiayyi-alaa
“Fabi ayyi alaa’i rabbikuma tukadz dziban” jika kita hafal 1 ayat ini, 1 saja! maka sebenarnya kita sudah hafal 31 ayat dari 78 ayat yang ada di surat Ar-Rahman.
Sudah hampir separuh surat kita hafal.
Maka ayat ini dihafal satu kali saja, fokuslah pada ayat sesudahnya dan sebelumnya yang merangkai ayat tersebut.
7. MENGUTAMAKAN DURASI
Seperti yang dijelaskan di atas, komitmenlah pada DURASI bukan pada jumlah ayat yang akan dihafal.
Serahkan 1 jam kita pada Allah. Masa yang khusus untuk Kalam Allah.
8. PASTIKAN AYATNYA BERTAJWID
Cari guru yang boleh men’tahsin’ (membetulkan) bacaan kita.
Bacaan tidak bertajwid yang ‘terlanjur’ kita hafal akan sulit dirubah/diperbaiki di kemudian hari (setelah kita tahu hukum bacaan yang sebenarnya).

Semoga kita masuk syurga dengan jalan menghafal Qur’an. Amiin. Selamat menghafal!

Tuesday, December 5, 2017

INGINKAN ANAK-ANAK ANDA MENJADI GENIUS??

#TIPS_GENIUS

Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logik dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya di mana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan kita.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat.

Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

 Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad...

Saturday, December 2, 2017

BENGKEL TEKNIK LULUS TEMUDUGA MAKTAB MAHMUD @ SABK Siri 2

1 Dec : Lulus temuduga adalah syarat melayakkan Pelajar lepasan UPSR untuk memasuki ke ting 1 Maktab Mahmud Dan SABK. Peserta ini telah dilatih dengan soalan yang pernah keluar pada Temuduga sebelum ini. Mudah mudahan mereka berjaya membina empayar Islam dan menjadi Ulamak apabila memulakannya dengan kejayaan yang kecil. BENGKEL TEKNIK LULUS TEMUDUGA MAKTAB MAHMUD @ SABK Siri 2 at Smart IQ Quranic Centre Pekan Kuala Sungai.