HADIS-HADIS PILIHAN

بسم الله الرحمن الرحيم


KELAS HAFAZAN AL-QURAN HUJUNG MINGGU NO.1 DI KEDAH


Assalamualaikum w.b.t

Hadis pilihan yang dibawakan oleh SMART IQ Quranic Centre pada kali ini adalah berkait rapat dengan amalan solat kita. Kekukuhan tiang agama kita berdasarkan solat yang kita dirikan dalam kehidupan seharian kita.

Namun, adakah kita sedar bahawa keutuhan tiang yang dibina untuk menyokong agama ini boleh dikatakan tidak kukuh jika ia tidak dibina dengan teliti dan sempurna. Dalam erti kata lain, kecantikkan dan kesempurnaan solat itu bergantung pada kekhusyukkan hamba kepada Rabbnya ketika mana ia sujud menyembah-Nya.

Berdasarkan hadis yang dikongsikan, sudah jelas dan nyata bahawa khusyuk ketika solat akan menjadi penjamin di akhirat kelak untuk di angkat darjatnya oleh Allah SWT bahkan Rasulullah SAW menegaskan bahawa bukan perkara akhir yang di angkat oleh Allah tetapi menjadi perkara pertama yang dilihat Allah.

Subhanallah..Allahu Akbar...

Oleh itu, kepada para pembaca sekalian, khusyuklah dalam beribadah kepada Allah dengan sebenar-benar khusyuk dan tawaddhu'. Janganlah kita terputus talian ketika berhubung dengan Allah melalui solat kerana ia mensia-siakan solat kita di hadapan allah. Cantikkan solat anda, sempurnakan ibadah anda.

Renung-renungkan dan sentiasalah ber amal dengan amalan yang Soleh. Wallahu 'Alam

No comments:

Post a Comment